Sudahlah

Author: Kang Awan /

Orang takkan faham apa yg aku lalui..
Orang takkan faham apa yg aku hadapi..
Selalu saja disalah arti..
Pergilah mati…

Sudahlah..jadikan ia kenangan terindah..
Dalam mengatur langkah..
Yang pasti aku tak kisah..
Lantaklah..

Setiap hari aku membuka mata..
Mengedipkan mata..
Menagih harapan..
Menunggu jawaban..
Memandang ke depan.. hampa

Nah..sepi lagi…
Tiada berteman bicara..
Kerana semua telah lari..
Mencoret hati sendiri..

Yup, aku tahu..dia tahu..dan dia juga tahu..
Aku cemburu dan memburu..
Apa aku tidak senang?

Hei, aku bukan sesiapa..
Dulu tidak seperti dahulu..
Dan dulu biarlah dahulu..
Karena hari ini bukan dahulu..
Jangan difikir melulu..

Mungkin ditakdirkan begini..
akan menyepi..
Nila biru itu digaul merah..
akankah ianya ungu?

Waktu berlari, aku berlari..
akhirnya sendiri..
jika tiap masa itu datang mencari..
aku lari… dan lari..dan lari..

0 komentar:

Post a Comment